BLACK WEDNESDAY 8 MEI 2013, STADIUM KELANA JAYA
BLOG INI DI"HITAM"KAN MULAI HARI INI

Berita

Sunday, March 13, 2011

3 Tahun PR: BN nak tawan Selangor?

Selama 3 Tahun PR memerintah Selangor, sanggupkah rakyat Selangor kembali kepada BN setelah disusahkan selama 50 tahun.

PROGRAM UNTUK RAKYAT SELANGOR DI BAWAH PAKATAN RAKYAT.

PEMULIHAN PROJEK TERBENGKALAI
1) 23 Projek Atau 9,179 unit projek perumahan terbengkalai telah disiapkan
2) 7 projek atau 3,887 unit projek perumahan terbengkalai telah dimulakan semula atau telah diambil alih oleh pemaju baru

RUMAH MAMPU MILIK 'GENERASI BARU'
1) Menggalakkan pemaju membina rumah mampu milik 'Generasi Baru' khusus untuk mereka berpendapatan di antara RM3,000 hingga RM5,000 sebulan melalui insentif-insentif
2) Melalui PKNS akan membina lebih 800 rumah mampu milik 'Generasi Baru' di Bandar Baru Bangi, Shah Alam dan Gombak dengan Fasa Pertama bermula April 2011

MENGEMBALIKAN HAK RAKYAT
1) Melarang mengusir secara paksa dan merobohkan sebarang kediaman peneroka bandar sehingga selesai kesemua rundingan.
2) Mengembalikan hak-hak perumahan peneroka bandar Kg. Berembang dan Kg. Rimba Jaya yang telah dinafikan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN).
3) Menyelesaikan maslah 1,400 keluarga peneroka bandar Bukit Botak yang gagal diselesaikan BN selana lebih 20 tahun dengan tawaran membeli rumah bernilai RM170,000 dengan harga RM99,000

AIR PERCUMA
1) 85 kawasan perumahan bertingkat atau 27,532 unit telah mendapat kupon untuk 20 meter padu AIR PERCUMA.
2) 591 kawasan perumahan telah diluluskan untuk migrasi kepada meter individu bagi mendapat 20 meter padu AIR PERCUMA hasil dari rundingan SYABAS

MENINGKATKAN KUALITI HIDUP RAKYAT
1) Mewujudkan tabung pemulihan projek perumahan kos rendah dengan suntikan awal RM2 Juta setahun.
2) Lebih RM1.6 juta telah dibelanjakan dalam tahun 2010 untuk MEMBAIKPULIH LIF di 3 kawasan perumahan kos rendah
3) Membaikpulih bumbung pangsapuri kos rendah di Bukit Sentosa, Hulu Selangor dengan kos RM400,000 yang masih kukuh hingga sekarang tetapi bumbung yang dibaikpulih BN "Bumbung 1Malaysia" telah beberapa kali diterbangkan.
4) Memperkenalkan Skim Usahasama mengecat semula rumah kos rendah di antara pemaju, Pihak Berkuasa Tempatan dan penduduk di mana PKNS menjadi pemaju pertama mengambil bahagian dengan peruntukan RM5 juta.
5) Bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan untuk meningkatkan pungutan sewa di projek perumahan rakyat agar penduduk dapat menikmati perkhidmatan lebih baik.

MENYELESAIKAN MASALAH KEDIAMAN BERTINGKAT
1) Pengstrukturan semula Pesuruhjaya bangunan Negeri Selangor agar lebih CEKAP dan BERKESAN.
2) Memperkenalkan peraturan tambahan Akta 663 untuk elakkan konflik dan penindasan.
3) 1,024 dari 2,089 kawasan pemajuan telah ditubuhkan JMB
4) Melancarkan kempen pangsapuri "PANGSAPURIKU BERSIH, SERIA DAN HARMONI" untuk mewujudkan persekitaran yang lebih baik.
5) Bimbingan kepada penduduk melalui himpunan JMB dan seminar JMB.
6) Melantik petugas khas Atka 663 untuk menguruskan aduan-aduan
7) Memberi insentif-insentif kepada JMB-JMB terpilih melalui pertandingan JMB terbaik.
8) Menurunkan cukai tanah untuk pemilik rumah kediaman bertingkat di pembangunan yang bercampur dengan perniagaan.

USAHA-USAHA BARU UNTUK KEPENTINGAN RAKYAT
1) Menubuhan Syarikat Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn Bhd untuk membantu pemaju-pemaju memasarkan hartanah di bawah kuota Bumiputera serta menjamin pemilikan hartanah Bumiputera.
2) Mewujudkan mekanisme kawalan dan pelepasan kuota perumahan Bumiputera yang jelas untuk kepentingan semua pihak
3) Menurunkan sewa bulanan peojek perumahan rakyat dari RM250 kepada RM124 untuk yang layak.
4) Memudahkan rakyat menyewa di projek perumahan rakyat dengan membenarkan deposit dibayar secara ansuran.
5) Membenarkan tunggakan sewa di projek perumahan rakyat dibayar melalui Khidmat Komuniti.
6) Melancarkan operasi membenteras salahguna rumah kos rendah oleh warga asing.
7) membantu pembeli rumah mendapat surat hakmilik apabila 180 pemilih rumah Taman Mawar, Ampang mendapat surat hakmilik setelah hampir 30 tahun.

No comments:

Post a Comment

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Twitter


Dari Blog Pemimpin